Sunday, May 24, 2009

Hidupku???

Malam semalam baru sahaja diadakan sambutan maulidul rasul kat taman ku.. baru jer first time aq pergi dalam seumur hidup aq. mana taknye, baru jer tahun ni tiba2 diadakan....

Seperti biasa ibuku akan memeras ugut ku dalam hal2 begini, aq kerna terpaksa ( dengan rela hati sebenarnya) pergi jua. Majlis bermula pada pukul 7 malam , bersolat jemaah sama2. diteruskan dengan makan nasi beriani.(sedap wa cakap lu) dan solat jemaah ishak dan seterusnya ceramah... Penceramah yg dijemput khas dari indon.... serius aq x paham sangat sbb bahasa jawa terlalu pekat untuk difahami (walaupun aq berketurunan jawa)... sekurang2nya aq mengaku aq separuh jawa.. hahahaha...

Sebelum pergi aq bertanya kpd ibuku ' mak balik pukul berapa?'

mak aq mnjawab ' pukul 9 kot'

Masa pun berlalu sampai pukul 9, ' mak , bile nak balik?'

' Sabarlah, dengar lah ceramah dulu."

'mak, dah pukul 10, bile nak balik?'

'Sabarlah, tunggu penceramah habis bercakap'

'Mak , dah pukul 10.30, bile penceramah nak abis bercakap?'

' Sabarlah, sekejap lagi habislah tu'

Aq menunggu dengan penuh kesabaran...

akhirnya majlis ditutup dengan rasmi pada pukul 11.....

Balik sahaja dr surau , aq terus melihat cerita korea...

teka cerita ape? hahahahahahahahaha.......

hellcat
kenapa aq tengok cerita ini?
sebab nak tengok bakat lakonan so hee ( wonder girls)
Cerita ini mengenai 3 org perempuan yg mengalami masalah dalam percintaan.
sorang melakukan watak budak sekolah iaitu so hee, seorang lagi wanita dalam usia 20++ iaitu makcik so hee dan seorang lagi wanita 40 an , ibu kepada so hee....

5 comments:

Fiqa said...

dia comedy kan??
ko tgk online ke..
dwld?? hhheeehee~~

Ninja Padang Kota said...

eh maulidur rasul, alamak aku tak tahu bler, dah lame tak tengok kalender kuda.

kiki jawa, hehe, rupenya nak blk cepat sbb nak tgk cter korea ek!
hehe. :D

amierain said...

to fiqa:
cerita die x arr comedy sgt...
lawak skit2 ade arr...
citer sesuai utuk org2 18 taon ke atas jer..
hahahaha...
ko leh tgk on9 kat mysoju...
tp tajuk lain kat situ....
i like it hot .... agaknye kot.....

amierain said...

to acap:
aq nmang jawa ... knape?
jeles??? hahahahahaha....
citer korea byk giler aq nak tgk....
aq syorkan korang g mysoju......

amierain said...

to ummul:
hahahahahaha......
rajin arr aq g dgr ceramah2 ni?
ko keje jer tau nye.....
meh aq jd penceramah ko plak....
hahahahahahahaha.......
leh topup dosa same2......