Wednesday, April 8, 2009

Pewira Negara....


Menjejakkan kaki ke rumah bagaikan taman syurga indah di depan mataku.. Rindunya kat rumahku.. terutamanya kucingku, sampai sekarang aku x tahu name sebenar panggilan kucingku.. main hentam jer, kucingku akan ikut mane2 orang terutamanye tuannye yang comel macam aku.. hahaha.gurau je..
Smalam aku dan oda menyiapkan assgment fin 329 yang dberikan oleh En.Khai kepada semua pelajar2 D4C3.. Dari pukul 10 pagi sampai ke 10 pagi esoknya kami bertungkus lumus menyiapkan assg. Aku, Oda dan Ummul bersama-sama menyiapkan assg kami, tapi ummul tewas di medan perjuangan di mana die telah tersadai di katil bilik Ogy. Kesian, daya ketahanan ummul tidak setanding dengan aku dan Oda. Ogy dan Sara sampai ke bilik selepas dinner nadiia, namun mereka jua tewas dengan godaan lelaki.. opsss salah pulak, mereka tergoda dengan godaan katil lembut di bilik Ogy. Aku dan Oda menahan segala godaan dan akhirnya kami menang dalam perang dunia ke2. Kamilah pewira bangsa negara...

No comments: